Xiaomi secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru yang akan dilancarkan di China pada penghujung bulan ini.

Peranti yang akan diperkenalkan adalah Xiaomi 17 Max, seiring dengan itu Xiaomi telahpun berkongsi beberapa imej awal peranti tersebut. Tampil dengan rekaan skrin jenis rata bersaiz 6.9-inci bersama rekaaan modul kamera jenis squicirle.

Xiaomi 17 Max bakal hadir dengan tiga pilihan warna iaitu White, Clear Blue dan juga Pixel Black. Untuk warna Pixel Black ia menggunakan kemasan seperti carbon fiber untuk memberikan rasa yang lebih premium.
Untuk spesifikasi, peranti ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama kapasiti bateri yang besar iaitu 8000mAh yang menyokong pengecasan 100W. Selain itu, ia akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP.
Buat masa ini, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran untuk peranti ini dan tidak dapat dipastikan adakah ia akan turut ditawarkan untuk pasaran global atau sebaliknya.