Close

vivo X300 Ultra dan X300 FE kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3299

vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru di bawah siri X300, dua model yang diperkenalkan adalah X300 Ultra dan X300 FE. Buat pertama kalinya, model Ultra ditawarkan di pasaran tempatan.

vivo X300 Ultra hadir dengan skrin Ultra XDR AMOLED bersaiz 6.82-inci dengan paparan 144Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan kamera yang sama dengan sensor utama 200MP Sony Lytia 901 + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto Periskop Samsung ISOCELL HPO dengan penstabilan gimbal dan swafoto 50MP. Kemampuan sistem kamera ini dibantu Zeiss dan menyokong kit fotografi dengan dua lensa tambahan.

Dimuatkan dengan bateri 6600mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 40W tanpa wayar. Spesifikasi lain, peranti ini hadir dengan penarafan IP69K, pembesar suara jenis stereo, sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16 dan menyokong pengimbas cap jari ultrasonik.

Manakala untuk X300 FE, ia hadir dengan rekaan panel belakang yang mirip seperti iPhone dan juga Pixel. Merupakan sebuah peranti kompak dengan skrin AMOLED bersaiz 6.31-inci yang menyokong resolusi FHD+ dan kecerahan puncak sehinga 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM 12GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UF4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan 50MP + 8MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan 50MP swafoto. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 40W tanpa wayar. Selain itu, peranti ini menyokong penarafan IP68 dan juga IP69.

Menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16 dengan pelbaga ciri yang berasaskan AI. vivo turut menjanjikan kemas kini sehingga 5 tahun untuk Android dan 7 tahun untuk keselamatan.

Di Malaysia, untuk vivo X300 Ultra dijual pada harga bermula RM6799 dan mencapai sehingga RM9999. Manakala, untuk vivo X300 FE ia dijual pada harga bermula RM3299 dan mencapai sehingga RM4898. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 14 sehingga 22 Mei 2026.

ARTIKEL BERKAITAN