Close

Siri HUAWEI Watch Fit 5 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM799

HUAWEI Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua jam tangan pintar iaitu Watch Fit 5 dan Watch Fit 5 Pro. Kedua-dua model ini tampil dengan rekaan yang lebih menarik dan spesifikasi yang dipertingkat.

HUAWEI Watch Fit 5 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.92-inci dengan dilindungi dengan kaca Sapphire 2.5D. Dari segi binaan, peranti ini menggunakan binaan titanium aloi untuk bezel dan kerangka serta menggunanakan nano seramik untuk memberikan kemasan premium.

Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia mampu mengesan tanda awal risiko diabetes dan menyokong mod senaman mini dengan animasi panda comel untuk mengalakkan senaman ringkas harian. Turut dilengkapi dengan pelbagai ciri kesihatan canggih seperti ECG, pemantauan A-Fib, pengesanan kekakuan arteri, HRV, pemantauan tidur, kesihatan emosi 2.0 dan lain-lain.

Terdapat juga aplikasi eksklusif untuk sukan berasaskan raket seperti tenis, badminton dan pickleball. Selain itu, ia menyokong pembayaran TNG QR, penarafan IP6X serta hadir dengan storan dalaman 64GB. Dimuatkan dengan bateri 471mAh yang mampu bertahan sehingga 10 hari.

Manakala untuk HUAWEI Watch Fit 5 ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.82-inci dengan kecerahan puncak sehingga 2500 nits. Berkongsi kemampuan seperti model Pro, namun tidak menyokong sensor ECG dan Depth Sensor. Selain itu, model ini tidak menawarkan pengesanan risiko awal diabetis, mod Golf, mod Freedive dan kekakuan arteri.

Menyokong lebih dari 100 mod sukan secara terbina serta boleh disambungkan dengan peranti iOS atau Android. Untuk ketahanan bateri, peranti ini mampu bertahan sehingga 10 hari untuk penggunaan ringan, 7 hari untuk penggunaan biasa dan 4 hari untuk penggunaan dengan fungsi AOD.

Untuk pasaran Malaysia, HUAWEI Watch Fit 5 dijual pada harga RM799 dan untuk Watch Fit Pro ia dijual pada harga RM1099. Bagi yang berminat, siri Watch Fit 5 boleh mula dibeli bermula hari ini melalui laman web rasmi HUAWEI atau kedai rasmi atas talian HUAWEI Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN