Xiaomi telah menjadualkan acara pelancaran siri Xiaomi 17T pada 28 Mei ini. Perkara tersebut dikongsi melalui akaun rasmi Xiaomi Malaysia di platform X.
The wait is almost over. It's finally happening. #Xiaomi17TSeries launches May 28th. 🟠📷🔴
— Xiaomi Malaysia (@XiaomiMalaysia) May 18, 2026
Mark your calendars for our biggest T Series upgrade yet!#XiaomiMalaysia pic.twitter.com/3xo3Kow70X
Malangnya, tiada maklumat yang dikongsi mengenai siri Xiaomi 17T, namun peranti ini bakal ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Merujuk kepada maklumat awal, Xiaomi 17T dijangka hadir dengan cip Dimensity 8500 Ultra manakala untuk Xiaomi 17T Pro hadir dengan cip Dimensity 9500.
Selain itu, siri Xiaomi 17T akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dengan sokongan 5x zum optik. Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak, jadi sama-sama kita nantikan.