Close

4 perkara menarik tentang Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition

Tidak dinafikan, mencari sebuah komputer riba yang pratikal bukan sesuatu yang mudah berikutan banyak pilihan yang ada di pasaran. Namun begitu, sekiranya anda mencari komputer riba dengan kemampuan prestasi terbaik dalam masa yang sama menawarkan ketahanan bateri yang panjang.

Rekaan

Dari segi rekaan, Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition hadir dengan rekaan ringan dengan berat kurang dari 1 kg atau lebih tepat 975 gram sahaja. Bukan itu sahaja, komputer riba ini hanya setebal 13.9mm sahaja. Dengan rekaan yang nipis dan ringan ia memudahkan untuk ia dibawa ke mana saja untuk kerja, belajar dan sebagainya.

Walaupun tampil dengan rekaan yang nipis dan ringan, namun binaan yang digunakan pada komputer riba ini boleh dikategorikan sebagai tahan lasak. Lenovo tidak menggunakan binaan plastik untuk mengurangkan berat komputer riba ini. Sebaliknya, Lenovo menggunakan gabungan bahan magnesium-aluminum alloy pada bahagian kerangka (chassis).

Bahan ini bukan sahaja memberikan sentuhan yang premium dan eksklusif, tetapi turut memberikan rasa solid pada komputer riba ini. Selain itu, komputer riba ini telah melepasi ujian ketahanan gred tentera (MIL-STD-810H), sekaligus mengurangkan kerisauan masalah mudah rosak dalam masa yang sama menjanjikan ketahanan yang lebih baik.

Akhir sekali, Lenovo menggunakan lapisan khas yang dipanggil sebagai Yoga Coating pada permukaan komputer riba. Lapisan ini bukan sahaja memberikan rasa yang lebih premium tetapi 3 kali ganda tahan calar berbanding lapisan biasa. Selain itu, lapisan ini juga kalis percikan air dan kurang tinggalkan kesan cap jari.

Skrin

Komputer riba ini hadir dengan skrin OLED PureSight Pro bersaiz 14-inci dengan resolusi 2.8K dan paparan 120Hz. Turut menyokong pelbagai teknologi seperti Dolby Vision, DisplayHDR True Black 1000 dan sRGB 100%. Dengan sokongan teknologi ini, ia memberikan warna yang lebih baik, contrast yang lebih mendalam dan imej yang tajam. Keupayaan ini menjadikan skrin peranti ini sesuai untuk kerja kreatif, menonton kandungan video dan sebagainya. Skrin komputer riba ini juga mampu menghasilkan warna yang tepat atau hampir sama seperti warna asal.

Kemampuan ini boleh dikatakan cukup penting untuk pereka, editor gambar dan video. Selain itu, komputer riba ini dilengkapi beberapa ciri penjagaan mata seperti TÜV Low Blue Light, TÜV Eyesafe dan TÜV Flicker-Free. Ciri ini mengurangkan ketegangan mata, sekaligus memberi keselesaan ketika menggunakan komputer riba dalam tempoh yang lama.

Skrin Lenovo Yoga hadir dengan skrin OLED PureSight Pro bersaiz 14-inci dengan resolusi 2.8K dan paparan 120Hz. Skrin komputer riba turut menyokong pelbagai teknologi seperti Dolby Vision, DisplayHDR True Black 1000 dan sRGB 100%. Dengan sokongan teknologi ini, ia memberikan warna yang lebih baik, contrast yang lebih mendalam dan imej yang tajam. Keupayaan ini menjadikan skrin peranti ini sesuai untuk kerja kreatif, menonton kandungan video dan sebagainya. Skrin komputer riba ini juga mampu menghasilkan warna yang tepat atau hampir sama seperti warna asal.

Kemampuan ini boleh dikatakan cukup penting untuk pereka, editor gambar dan video. Selain itu, komputer riba ini dilengkapi beberapa ciri penjagaan mata seperti TÜV Low Blue Light, TÜV Eyesafe dan TÜV Flicker-Free. Ciri ini mengurangkan ketegangan mata, sekaligus memberi keselesaan ketika menggunakan komputer riba dalam tempoh yang lama.

Prestasi

Dari segi prestasi, Yoga Slim 7i Ultra Aura Edition dikuasakan dengan dengan cip Intel Core Ultra generasi baru yang dipadankan bersama GPU Intel Arc Graphics secara terbina. Kombinasi ini memberikan prestasi yang pantas untuk multitasking, editing ringan dan juga gaming kasual.

Dari segi konfigurasi memori, ia hadir dengan RAM sehingga 32GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 2TB PCIe Gen 4 M.2. Selain itu, komputer riba ini turut hadir dengan beberapa spesifikasi premium lain webcam 5MP bersama IR sensor untuk Windows Hello, 4 pembesar suara Dolby Atmos dan touchpad haptic Force Pad yang lebih moden. Papan kekunci komputer riba ini juga cukup selesa untuk penggunaan jangka panjang.

Memandangkan komputer riba ini adalah sebuah Copilot+ PC, ia membolehkan pelbagai fungsi AI dijalankan secara terus melalui peranti tanpa perlu bergantung kepada rangkaian. Berikutan itu, ia hadir dengan pelbagai ciri pintar dalam Windows 11 serta fungsi khas Aura Edition daripada Lenovo sendiri.

Bateri

Walaupun hadir dengan skrin OLED beresolusi tinggi, Yoga Slim 7i Ultra Aura Edition masih menawarkan jangka hayat bateri yang sangat baik. Seperti yang kita tahu, skrin dengan resolusi tinggi memerlukan penggunaan kuasa yang tinggi, namun berbeza dengan Yoga Slim 7i Ultra Aura Edition.

Komputer riba ini dimuatkan dengan bateri sebesar 75Whr, mampu menawarkan ketahanan bateri yang sangat baik. Bagi penggunaan kasual mampu bertahan sekitar 5 jam dan ke atas. Satu angka yang cukup baik untuk komputer riba dalam kategori ultrabook yang nipis dan ringan. Tidak hanya menawarkan ketahanan bateri yang panjang, ia turut menyokong pengecasan yang pantas 65W.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Lenovo Yoga Slim 7i Ultra Aura Edition boleh dikatakan sebagai komputer riba yang lengkap dan sesuai untuk pengguna yang mahukan prestasi dan pengalaman penggunaan yang baik. Komputer riba ini sesuai untuk pelbagai golongan termasuk pengguna profesional yang mahukan kompuer riba yang nipis dengan skrin yang cantik, bateri tahan lama dan sokongan AI generasi baru.

ARTIKEL BERKAITAN