Xiaomi secara rasmi memperkenalkan Xiaomi 17 Max sebagai model terbaru dalam siri Xiaomi 17. Model ini memfokuskan kepada kapasiti bateri yang besar dan sokongan kamera yang lebih baik.

Sesuai dengan nama “Max”, peranti ini hadir dengan skrin AMOLED sebesar 6.9-inci dengan resolosi 2608 × 1200. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.1.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP Samsung HP9 + 50MP Telefoto + 50MP Ultra Lebar dan 32MP. Dimuatkan dengan bateri sebesar 8000mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. Menurut Xiaomi, bateri ini mampu mengekalkan 80% kesihatan biarpun selepas 1600 kitaran pengecasan atau lebih 4 tahun penggunaan.

Untuk spesifikasi lain, Xiaomi 17 Max menyokong penarafan IP68 / IP69, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi HyperOS 3 berasaskan Android 16. Xiaomi 17 Max ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru.
Untu pasaran China, Xiaomi 17 Max dijual pada harga bermula sekitar CNY4799 (RM3120) untuk 12GB + 256GB, manakala untuk varian tertinggi 16GB + 512GB dijual pada harga sekitar CNY5799 (RM3770).