Close

HONOR MagicPad 4 turut tiba di Malaysia dengan harga bermula RM3399

Seiring dengan pelancaran Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet baru mereka iaitu MagicPad 4. Merupakan pengganti kepada model sebelumny hadir dengan penawaran yang lebih baik dan menarik.

MagicPad 4 tampil dengan rekaan yang nipis dengan 4.8mm dan berat sekitar 405 gram sahaja. Menggunakan skrin OLED bersaiz 12.3-inci dengan paparan 165Hz dan menyokong kecerahan puncak 2400 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan kamera utama 13MP dan swafoto 9MP. Dimuatkan dengan bateri sebesar 10,100mAh yang menyokong pengecasan 66W. Selain itu, tablet ini turut hadir dengan sistem penyejukan ‘Ice Cooling System’ membantu untuk mengawal suhu peranti dengan lebih baik.

Tablet ini turut menyokong dwi sistem operasi iaitu Android dan juga Linux, serta turut menyokong mod PC membolehkan ia disambungkan dengan papan kekunci dengan antara muka seperti desktop. Selain itu, tablet ini turut pemindahan fail dengan iPhone dan boleh digunakan skrin kedua untuk MacBook melalui HONOR Connect.

Seperti peranti HONOR lain, tablet ini turut hadir dengan beberapa fungsi AI seperti AI Memo, AI Speech-to-Text, AI Summary dan juga AI Writing Tools. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti WiFi 7, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 6.0 dan mnejalankan sistem operasi MagicOS 10 berasaskan Android 16.

Untuk pasaran Malaysia, HONOR MagicPad 4 dijual pada harga RM3399 untuk 12GB + 256GB dan RM3999 untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Grey dan juga White.

ARTIKEL BERKAITAN