vivo secara rasmi mengumumkan ketibaan peranti baru iaitu Y31s ke pasaran tempatan. Direka khusus untuk pengguna yang mahukan peranti tahan lasak dengan spesifikasi yang baik dan ketahanan bateri yang panjang.

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.72-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1050 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB UFS 3.1. Peranti ini dibina dengan menggunakan Guardian Glass bersertakan pensijilan SGS Gold Label 5-Star Premium Performance yang melepasi standard ketenteraan MIL-STD-810H untuk ketahanan jatuh sehingga 3.5 meter.

Dari segi fotografi, ia menggunakan sensor utama 50MP pada bahagian belakang dan swafoto 32MP serta turut dilengkapi dengan ciri suntingan pintar seperti AI Erase. Dimuatkan dengan bateri sebesar 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas FlashCharge 44W.
Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah NFC, penarafan IP68/IP69, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan Bluetooth 5.1. Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Midnight Purple dan Glowing Black.

Di Malaysia, vivo Y31s dijual pada harga RM1199 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini akan mula dijual bermula dari 13 hingga 30 Jun 2026. Setiap pembeli terawal bakal menerima kad petrol bernilai RM50 (terhad 1,000 pelanggan), jaminan lanjutan 6 bulan, serta pilihan ansuran 0% faedah selama 6 bulan melalui SPayLater.