Berita gembira untuk pengguna Google Pixel, kemas kini Android 17 versi stabil kini tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna Pixel yang layak.

Salah satu ciri menarik yang ditawarkan pada Android 17 adalah App Bubbles, membolehkan pengguna membuka aplikasi dalam bentuk tertinggkap secara terapung di atas aplikasi lain. Ciri yang lebih kurang sama turut ditawarkan untuk peranti boleh lipat atau peranti dengan skrin besar, namun dengan nama berbeza iaitu Bubble Bar.

Google turut memperkenalkan ciri Screen Reactions yang membolehkan pengguna merakam reaksi dengan menggunakan kamera hadapan ketika membuat rakaman skrin. Untuk privasi, Android 17 kini membolehkan pengguna memberikan akses lokasi tepat sekali sahaja kepada aplikasi tertentu dan terdapat peningkatan pada ciri Live Threat Detection dan Advanced Protection.
Android 17 menawarkan pelbagai peningkatan dan juga penambahbaikkan dari segi prestasi serta ciri baru. Selain itu, turut menyokong ciri aplikasi adaptif membolehkan aplikasi disesuaikan mengikut kepada saiz skrin.
Antara model yang menyokong kemas kini Android 17 adalah siri Google Pixel 6 dan ke atas. Selain itu, Google turut mengesahkan beberapa peranti Android premium akan menerima ciri Gemini Intelligence pada penghujung musim panas ini.