Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke menyatakan, Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sudah melepasi fasa percubaan operasi dan tarikh rasmi pembukaan akan diumumkan dalam tempoh kira-kira dua minggu ini.

Bermaksud, Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) ini dijangka akan dibuka kepada orang awam pada penghujung bulan ini. LRT3 dibina sepanjang 37.8 kilometer yang menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang.

Laluan LRT3 mempunyai 25 stesen dan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk di kawasan tersebut. Projek LRT3 mula diumumkan pada tahun 2016 dengan rancangan asal 26 stesen sahaja. Namun, beberapa stesen telah ditangguhkan dan digugurkan pada tahun 2018 bagi mengurangkan kos pembinaan.
Walau bagaimanapun, pada 2024 projek ini menerima suntikan dana tambahan sebanyak RM5.3 billion membolehkan stesen yang ditangguhkan diteruskan semula.