DJI secara rasmi memperkenalkan Osmo Pocket 4P di China. Merupakan kamera gimbal kompak paling premium dalam siri Osmo Pocket dan model pertama dilengkapi dengan sistem dwi-kamera.

Osmo Pocket 4P dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 1-inci yang menggunakan teknologi LOFIC dan apertur f/2.0. DJI mendakwa teknologi tersebut membolehkan kamera menawarkan julat dinamik yang lebih baik untuk rakaman dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Kamera kedua menggunakan sensor 1/1.28 inci dengan lensa telefoto 60mm dan apertur f/1.8. Kamera ini menyokong sehingga 3x zum optikal serta 12x zum digital untuk memberikan pengalaman zum yang lebih baik untuk rakaman subjek dari jarak yang lebih jauh.
Kedua-dua kamera menyokong rakaman video 10-bit dengan profil warna D-Log 2 untuk fleksibiliti yang lebih tinggi Selain itu, Osmo Pocket 4P turut dilengkapi sistem gimbal mekanikal tiga paksi bersama teknologi penjejakan subjek pintar.

Dari segi rakaman video, kamera ini mampu merakam sehingga 4K 60fps, manakala rakaman gerak perlahan sehingga 4K 240fps. Untuk fotografi, ia menyokong sehingga 37MP dan terdapat mod panorama secara terbina. Turut menyokong storan dalaman 103GB dengan yang menyokong slot mikrosSD sehingga 1TB.
Osmo Pocket 4P turut dilengkapi dengan skrin sentuh OLED bersaiz 2-inci dengan kecerahan maksimum sehingga 1,000 nits dan terdapat tiga mikrofon terbina untuk rakaman audio yang lebih baik. Dimuatkan dengan bateri 1545mAh yang menyokong pengecasan pantas.

Di China, DJI Osmo Pocket 4P dijual pada harga bermula CNY3799 (RM2285) dan CNY4299 (RM2580) untuk set Vlog Kit. Untuk pilihan warna, ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Classic Black dan Pearl White.