Sony secara rasmi memperkenalkan sensor kamare baru iaitu Lytia 910, merupakan sensor pertama dari Sony yang menggunakan teknologi LOFIC (Lateral Overflow Integration Capacitor).

Teknologi ini direka untuk meningkatkan keupayaan sensor dalam menangani pencahayaan ekstrem, sekali gus menawarkan julat dinamik yang jauh lebih tinggi berbanding sensor konvensional.
Menurut Sony, Lytia 910 mampu mencapai sehingga 100dB dynamic range dengan hanya satu single exposure. Sebagai perbandingan, kebanyakan sensor kamera fon memerlukan multi-frame exposure untuk mencapai dynamic range yang sama.
Selain itu, Lytia 910 turut menyokong teknologi Triple Conversion Gain (TCG) HDR, membantu mengurangkan masalah HDR yang berasaskan multi-frame serta memberikan kelebihan untuk rakaman video HDR. Sony turut menyatakan sensor ini mampu merakam video HDR pada resolusi 4K 60fps dan menawarkan prestasi yang lebih baik pada situasi pencahayaan berkelip seperti lampu LED dan lampu jalan.
Dari segi spesifikasi, Lytia 910 menggunakan sensor 50MP yang bersaiz 1/1.28 inci. Sensor baru ini dijangka akan memasuki pengeluaran besar-besaran sensor ini pada musim panas tahun ini.