Close

Permainan GTA 6 boleh dipra-tempah pada 25 Jun ini

Rockstar Games mengumumkan, permainan Grand Theft Auto VI (GTA 6) boleh dipra-tempah bermula 25 Jun ini, ditawarkan melalui beberapa kedai digital terpilih.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat mengenai harga rasmi untuk permainan tersebut dan juga waktu tepat penjualan yang dikongsi oleh Rockstar. Namun begitu, permainan tersebut sudah boleh ditambah dalam senarai minat di PlayStation Store atau Microsoft Store yang akan menerima pemberitahuan apabila pra-tempah tersedia.

Seiring dengan pengumuman tersebut, Rockstar turut berkongsi cover art rasmi permainan GTA 6 melalui YouTube rasmi Rockstar Games yang berdurasi 32 saat. Menggunakan rekaan grid yang memaparkan watak utama dengan beberapa watak lain berserta aktiviti yang boleh dilakukan dalam permainan tersebut.

Permainan GTA 6 dijadualkan akan tiba untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada 19 November 2026. Manakala, untuk PC tiada sebarang tarikh yang dikongsi oleh Rockstar Games buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN