OPPO Malaysia mengesahkan siri Reno16 akan tiba ke pasaran tempatan pada 8 Julai ini. Siri Reno16 bakal membawa beberapa peningkatan menarik dari segi rekaan dan prestasi.


Seiring dengan ketibaan, OPPO telahpun berkongsi rekaan peranti ini hadir dengan konsep “3D Pop Planet Design” yang unik dan eksklusif untuk edisi “Pop White”. Selain itu, OPPO turut mengumumkan kumpulan K-pop BABYMONSTER sebagai Reno Ambassador untuk pasaran terpilih.

OPPO akan memperkenalkan tiga pilihan model di bawah siri Reno16 iaitu Reno16, Reno16 Pro dan Reno16 F. Untuk kali ini, siri Reno16 lebih memfokuskan kepada golongan muda selari dengan identiti siri ini. Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi buat masa ini.

Selain itu, OPPO telahpun membuka pra-tempahan untuk siri Reno16 dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1198. Bagi yang beminat, siri Reno16 boleh dipra-tempah melalui laman rasmi OPPO Malaysia.