Qualcomm menjadualkan acara Snapdragon Summit 2026 akan diadakan pada 22 hingga 24 September di Maui, Hawaii.
We are so back. September 22-24. #SnapdragonSummit pic.twitter.com/Kshb68wEW6
— Snapdragon (@Snapdragon) June 29, 2026
Seperti kebiasaan, pada acara ini Qualcomm akan memperkenalk barisan baru cip pemproses mereka. Walaupun tiada sebarang maklumat yang dikongsi, kita mungkin boleh menjangkakan acara ini akan terarah kepada cip andalan baru iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 6 dengan nombor model SM8950.
Selain Snapdragon 8 Elite Gen 6, beberapa laporan mendedahkan Qualcomm mungkin akan memperkenalkan satu lagi cip andalan iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro (SM8975). Sekiranya laporan ini tepat, ia bakal memberikan pengeluar lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini.
Peranti dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 dijangka akan mula digunakan pada peranti andalan menjelang penghujung tahun 2026 dan awal 2027. Pengeluar popular seperti Xiaomi, HONOR, OnePlus, vivo, iQOO dan realme dijangka menjadi antara yang terawal menggunakan cip generasi baru dari Qualcomm ini.