Close

Ciri menarik pada android yang ramai tak tahu

Umum mengetahui yang Android hadir dengan fungsi atau ciri yang pelbagai. Namun begitu, mungkin terdapat beberapa ciri menarik yang tidak ketahui atau kurang popular yang membantu urusan harian kita. Jadi, dalam perkongsian ini, kami senaraikan beberapa ciri menarik pada Android yang ramai tidak tahu atau kurang perasan.

Quick Share / Nearby Share

Ciri ini mungkin boleh diibaratkan sebagai “AirDrop versi Android”, membolehkan pengguna menghantar fail dengan pantas dibina khas untuk ekosistem Android dan Windows. Lebih menarik, sesetengah peranti Android seperti siri Pixel 10, siri vivo X300 dan siri Find X9 menyokong kemampuan Quick Share rentas platform dengan peranti Apple seperti iPhone dan MacBook.

Untuk guna ciri ini, pilih fail atau dokumen yang ingin dikongsi kemudian tekan ikon Quick Shate. Seterusnya, pilihan peranti yang ingin dikongsi dan selesai.

Circle to Search

Circle to Search membolehkan pengguna melakukan carian berdasarkan dari apa yang terpapar pada skrin tanpa perlu bertukar aplikasi. Fungsi ini lebih mudah berbanding sebelum ini, yang memerlukan tangkap layar dibuat terlebih dahulu sebelum melakukan carian.

Pengguna hanya perlu lukis bulat pada barangan atau produk yang dipaparkan pada skrin, kemudian Google akan memaparkan maklumat berkenaan barangan atau produk di cari. Untuk kemas kini, pengguna kini boleh membuat lebih dari satu carian dengan Circle to Search.

Screen Recording

Screen Recording pada Android sebenarnya hadir dengan pelbagai ciri tersembunyi yang kebanyakan pengguna tidak perasan. Kebanyakan pengguna menganggap fungsi ini cuma merakam apa yang ada pada skrin, tapi sebenarnya ia lebih daripada itu.

Sebenarnya, pada Screen Recording terdapat beberapa pilihan tambahan seperti Record system audio, Record microphone audio dan juga show touches. Selain itu, pengguna turut boleh menetapkan resolusi video untuk menjimatkan ruang storan.

Motion Sickness Relief

Fungsi Motion Sicknes Relief adalah untuk mengurangkan rasa pening, mual dan mabuk ketika menggunakan fon dalam kenderaan bergerak.. Fungsi ini akan memaparkan titik-titik kecil terapung di bahagian tepi skrin.

Titik-titik ini akan bergerak mengikut pergerakan kenderaan dengan menggunakan sensor accelerometer dan gyroscope. Mata dan telinga akan menghantar isyarat yang sama kepada otak. Seterusnya, konflik deria akan hilang, dan rasa pening atau mual dapat dikurangkan.

Wi-Fi Password Sharing

Fungsi ini membolehkan anda berkongsi kata laluan Wi-Fi dengan kawan atau keluarga dengan pantas tanpa perlu menyebut atau menaip kata laluan. Fungsi ini sangat efektif untuk pengguna yang mempunyai kata laluan WiFi yang panjang atau rumit.

Terdapat dua pilihan untuk menggunakan fungsi ini iaitu melalui imbas kod QR atau Quick Share / Nearby Share. Untuk menggunakan fungsi ini pergi ke tetapan, pilih WiFi kemudian tekan ‘Share’.

Notification History

Fungsi ini mungkin boleh dianggap sebagai “mesin masa”, membolehkan anda membaca semula notifikasi yang terlepas pandang atau telah dipadam. Fungsi ini akan menyenaraikan semua notifikasi mengikut turutan masa dan aplikasi, walaupun aplikasi tersebut sudah tutup.

Semua log notifikasi yang masuk akan disimpan dalam tempoh sekitar 24 jam. Untuk menggunakan fungsi ini pergi ke Settings > Notifications. Kemudian pilih Advanced Settings > Notification History dan tukar kepada ON.

ARTIKEL BERKAITAN