Close

Nothing tamatkan sokongan kemas kini untuk Phone (1)

Nothing mengumumkan sokongan kemas kini untuk peranti pertama mereka iaitu Phone (1) ditamatkan, bermaksud tiada lagi kemas ini akan diterima selepas ini.

Phone (1) mula diperkenalkan pada Julai 2022 dengan sistem operasi Android 12. Nothing menjanjikan sokongan kemas kini 3 tahun untuk Android dan 4 tahun untuk keselamatan. Tempoh tersebut kini telahpun berakhir dengan kemas kini terakhir telahpun dilepaskan secara berperingkat kepada semua pengguna.

Kemas kini terakhir ini tiba dengan beberapa penambahbaikan antaranya penyelesaian masalah pepijat, peningkatan sistem operasi dan tampalan keselamatan untuk Julai 2026.

Walaupun tempoh sokongan kemas kini telah tamat, Nothing menegaskan Phone (1) masih boleh digunakan seperti biasa untuk kegunaan harian. Namun begitu, peranti ini tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini Android baharu, tampalan keselamatan atau ciri tambahan selepas ini.

Nothing turut menyatakan Phone (1) adalah peranti yang menjadi titik permulaan kepada pembangunan Nothing OS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN