Close

HUAWEI Pura 90s Pro Max akan tiba di Malaysia pada 14 Julai ini

HUAWEI menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka pada 14 Julai 2026 di Malaysia. Melalui perkongsian yang dibuat, model yang dijangka akan diperkenalkan adalah Pura 90s Pro Max.

Acara ini akan menggunakan slogan ‘Now Is Your Moment’ menggambarkan yang peranti ini menawarkan kemampuan fotografi kelas andalan. HUAWEI turut memperlihatkan rekaan belakang peranti dengan modul kamera segi tiga yang merupakan identiti rekaan siri Pura. Tampil dengan kemasan warna putih lembut dengan kemasan warna emas pada bahagian sisi dan modul kamera.

Tidak dapat dipastikan adakah HUAWEI akan turut mengumumkan model lain dalam siri Pura 90 atau hanya memperkenalkan Pura 90s Pro Max. Memandangkan acara pelancaran semakin hampir kita mungkin boleh jangkakan lebih banyak perkongsian yang akan dibuat oleh HUAWEI.

Semua persoalan mengenai spesifikasi penuh, harga jualana dan ketersedian peranti ini hanya akan terjawab pada hari pelancarannya pada 14 Julai 2026.

ARTIKEL BERKAITAN