Google secara rasmi mengesahkan siri Pixel 11 akan diperkenalkan pada 12 Ogos 2026, sekaligus menamatkan spekulasi awal mengenai tarikh pelancaran model tersebut.
Google Pixel event – August 12 pic.twitter.com/Veo1RCJN7j
— Mark Gurman (@markgurman) July 7, 2026
Perkara atau maklumat tersebut didedahkan selepas Google menghantar jemputan rasmi kepada media untuk acara tersebut yang akan berlangsung di New York City pada 12 Ogos 2026. Pada acara ini Google dijangka akan mengumumkan barisan baru yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold.
Selain siri Pixel 11, Google dijangka akan turut memperkenalkan beberapa peranti lain seperti Pixel Watch 5 dan Pixel Buds. Laporan sama turut mendakwa, harga jualan untuk Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold dijangka meningkat sekitar €100 (RM465) bagi setiap varian. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada kenaikan harga akan turut terkesan di pasaran lain atau sebaliknya.
Siri Pixel 11 berkemungkinan hadir dengan cip baru iaitu Google Tensor G6 yang menjanjikan peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.