Close

NVIDIA tangguh pelancaran kad grafik GeForce RTX 50 SUPER

NVIDIA mungkin akan menangguhkan pelancaran siri kad grafik GeForce RTX 50 Super, walaupun perkakasan tersebut telahpun tersedia untuk dipasarkan.

NVIDIA telah mengarahkan rakan kongsi pengeluar kad grafik (AIB) untuk menangguhkan pelancaran siri GeForce GTX 50 Super. Menurut sumber, keputusan tersebut dikatakan berpunca daripada harga cip memori GDDR7 3GB yang masih tinggi menyebabkan kos pengeluaran kad grafik tersebut meningkat.

Sumber sama turut mendedahkan, harga GDDR7 3GB adalah tiga kali ganda lebih mahal berbanding GDDR7 2GB. Sebagai perbandingan, harga untuk GDDR7 3GB adalah sekitar $60 hingga $70 (sekitar RM245 hingga RM286), sementara GDDR7 2GB adalah sekitar $20 (RM81), tiga kali ganda lebih tinggi walaupun hanya menawarkan peingkatan memori sekitar 50%.

Model yang dijangka terjejas dengan penangguhan ini adalah RTX 5080 Super, RTX 5070 Ti Super dan RTX 5070 Super. Semua model ini dikatakan menggunakan GDDR7 3GB bagi meningkatkan kapasiti VRAM tanpa mengubah konfigurasi bas memori sedia ada

Pelancaran siri kad grafik GeForce RTX 50 Super dijangka akan diteruskan pada tahun ini, namun pengumuman rasmi dan juga harga jualan untuk siri kad grafik tidak akan diketahui dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN