Close

Nothing nafi tutup operasi di beberapa pasaran global

Nothing menafikan laporan yang mendakwa syarikat mereka bakal menamatkan operasi di beberapa pasaran global.

Melalui kenyataan yang dimuat naik oleh pengasas bersama Nothing iaitu Akis Evangelidis, menurut beliau dakwaan tersebut adalah tidak benar. Nothing menegaskan bahawa syarikat tiada rancangan untuk menutup operasi di mana-mana pasaran. Sebaliknya, mereka sedang melaksanakan penyusunan semula organisasi sebagai persediaan untuk fasa pertumbuhan seterusnya.

Bagi menyokong pertumbuhan syarikat, Nothing telah memperkenalkan beberapa unit perniagaan baru, termasuk unit perniagaan berteraskan AI (AI-native). Dalam masa yang sama, syarikat turut menggabungkan operasi beberapa negara di bawah hab serantau bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Walau bagaimanapun, proses penyusunan semula ini turut memberi kesan kepada beberapa jawatan dalam syarikat. Nothing menjelaskan bahawa penyusunan semula ini merupakan langkah penting bagi memastikan syarikat terus berada dalam kedudukan yang lebih kukuh.

Sebelum ini, terdapat laporan mendakwa Nothing bakal menamatkan operasi di lebih 12 pasaran global serta mengurangkan jumlah pekerja secara besar-besaran.

ARTIKEL BERKAITAN