Close

HONOR mengumumkan penjenamaan dan logo baru

HONOR secara rasmi memperkenalkan identiti baru dengan slogan “Dare to Be” menggantikan “Go Beyond” yang digunakan sebelum ini.

Seiring dengan perubahan ini, HONOR telah memperkenalkan logo baru dan juga warna baru sebagai sebahagian daripada strategi syarikat untuk berkembang melangkaui telefon pintar. Untuk Logo baru, ia kini menggunakan rekaan berbentuk bulat. Untuk warna baru pula, ia menggunakan warna Pantone 2193C tona biru yang lebih gelap dan lebih menyerlah berbanding identiti sebelum ini.

Pemilihan logo dan warna baru ini melambangkan keyakinan dan ekspresi di samping meningkatkan lagi jenama dalam pemasaran. Selain itu, penjenamaan semula ini mencerminkan usaha HONOR untuk mencabar kebiasaan dalam industri teknologi, dengan Robot Phone menjadi antara produk pertama yang membawa falsafah tersebut.

HONOR akan memberi tumpuan kepada integrasi AI yang lebih mendalam dalam masa yang sama akan memperkukuhkan strategi pembangunan kecerdasan buatan (AI) menerusi pelan yang dikenali sebagai HONOR Alpha Plan.

Selain itu, HONOR turut mengesahkan HONOR Robot Phone akan membuat penampilan sulung di pasaran global pada Ogos 2026. Walaupun tarikh pelancaran tepat masih belum diumumkan, ini merupakan kali pertama HONOR memberikan maklumat yang lebih jelas sebelum ini hanya menyatakan peranti tersebut akan diperkenalkan pada suku ketiga (Q3) 2026.

ARTIKEL BERKAITAN