HONOR mengesahkan Robot Phone akan diperkenalkan secara rasmi di China pada 12 Ogos 2026, sempena acara Imaging Technology Launch Event yang dianjurkan bersama syarikat teknologi pengimejan profesional, ARRI.

Sebelum ini, HONOR hanya menyatakan peranti tersebut akan diperkenalkan pada bulan Ogos, namun kini syarikat akhirnya mendedahkan tarikh pelancaran rasminya. Selain itu, tempahan awal untuk peranti itu juga telah dibuka di China sejak awal bulan ini.

Walaupun HONOR masih belum mendedahkan spesifikasi penuh, beberapa maklumat tertiris sebelum ini mendakwa Robot Phone akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, bateri 6000mAh dan menyokong pengecasan 120W.
Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan sistem gimbal 4DoF kompak yang boleh berpusing dan menoleh ke pelbagai sudut secara bebas. HONOR turut mengabungkan kecerdasan buatan (AI) pada peranti ini. Untuk tetapan kamera, ia dilengkapi dengan kamera utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto Periskop.
Sistem kamera robotik itu direka untuk bergerak secara automatik bagi menghasilkan rakaman yang lebih stabil serta membolehkan pelbagai fungsi fotografi berasaskan AI. Selain itu, peranti ini akan ilengkapi dengan skrin bersaiz sekitar 6.3 hingga 6.4 inci dengan resolusi sehingga 1.5K.
HONOR dijangka mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai Robot Phone, termasuk fungsi kamera robotik, teknologi AI dan harga rasmi ketika acara pelancarannya pada 12 Ogos ini.