Close

CMF bakal perkenal Clip Pro pada 4 Ogos ini

CMF by Nothing secara rasmi mengesahkan peranti audio baru mereka akan dikenali sebagai Clip Pro. Peranti ini akan diperkenalkan pada 4 Ogos 2026 dan merupakan produk Open Wearable Stereo (OWS) pertama dari CMF.

Seiring dengan pengumuman tersebut, CMF turut berkongsi beberapa imej dan juga video pendek di platfomr X memperlihatkan rekaan awal peranti tersebut. Walaupun spesifikasi penuh masih menjadi rahsia, namun teaser tersebut mengambarkan peranti tersebut akan menggunak rekaan jenis klip.

Teknologi OWS semakin popular berikutan ia menawarkan pengalaman audio yang membolehkan pengguna kekal peka terhadap bunyi di persekitaran. Berbeza dengan jenis in-ear, rekaan OWS diletakkan di bahagian luar telinga, menjadikannya lebih sesuai untuk aktiviti seperti berjoging, berbasikal atau berjalan di kawasan awam.

Setakat ini, CMF masih belum mendedahkan sebarang spesifikasi atau maklumat mengenai ciri atau sokongan yang akan tersedia pada Clip Pro.

Semua maklumat tersebut dijangka akan diumumkan ketika pelancaran rasmi CMF Clip Pro pada 4 Ogos 2026. Produk ini bakal menjadi pesaing baharu dalam segmen fon telinga OWS yang semakin mendapat perhatian pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN