HONOR mengesahkan yang mereka bakal memperkenalkan tablet baru iaitu siri HONOR Pad 20 ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat mengenai tarikh rasmi untuk pelancaran yang dikongsi buat masa ini. Menurut HONOR, tablet ini direka untuk gaya hidup digital masa kini dalam masa yang sama menawarkan keseimbangan antara produktiviti, hiburan dan kegunaan harian.

Selain itu, tablet generasi baru ini hadir dengan pelbagai peningkatan seperti kapasiti bateri yang lebih besar, ciri AI yang lebih pintar, sistem pembesar suara yang dinaik taraf dan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Peningkatan ini menjadikan tablet ini sangat sesuai untuk pelajar, pekerja mahupun pengguna biasa.
Selain tarikh pelancaran, maklumat mengenai spesifikasi peranti juga tidak didedahkan. Namun begitu, di China peranti ini ditawarkan dengan skrin LCD bersaiz 12.1-inci dengan paparan 120Hz, dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 dan dimuatkan dengan bateri 10,1000mAh. Tidak dapat dipastikan, adakah spesifikasi yang sama akan ditawarkan di Malaysia atau sebaliknya.