Close

Apple mungkin perkenal Apple Watch dengan skrin bulat dan tanpa skrin sepenuhnya

Apple mungkin akan melakukan perubahan besar pada rekaan Apple Watch untuk generasi akan datang.

Menurut laporan, Apple sedang mempertimbangkan untuk melakukan perubahan besar pada barisan Apple Watch. Antara konsep yang sedang dikaji seperti Apple Watch dengan rekaan bulat serta model tanpa sebarang skrin, mungkin mirip seperti Google Fitbit Air.

Apple dikatakan sedang melihat beberapa idea baru untuk memperluaskan barisan peranti boleh pakai mereka. Persaingan sengit dari pengeluar yang menawarkan pelbagai jenis peranti boleh pakai mendorong Apple untuk melakukan perubahan besar pada barisan peranti mereka.

Walau bagaimanapun, Apple Watch Series 12 dan Apple Watch Ultra 4 yang bakal diperkenalkan pada September ini tidak akan tiba dengan perubahan ketara sebaliknya hadir dengan beberapa perubahan kecil namun dengan cip yang lebih berkuasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN