Close

Nintendo Switch 2 telah terjual 23.68 juta unit

Nintendo mendedahkan konsol terbaru mereka iaitu Switch 2 telah terjual sekitar 23.68 juta unit di seluruh dunia.

Merujuk kepada laporan kewangan untuk Q2 2026, Switch 2 sudah terjual sebanyak 23.68 juta unit di seluruh dunia. Sekali gus, menjadikan Switch 2 sebagai konsol paling laris dalam sejarah Nintendo. Sebagai perbandingan, rekod sebelum ini dipegang oleh Nintendo Wii dengan jualan 20.13 juta unit.

Selain itu, angka jualan ini telah mengatasi jualan Nintendo GameCube iaitu 21.74 juta unit. Walau bagaimanapun, angka jualan tersebut masih jauh untuk mengatasi jualan Switch yang telah terjual sebanyak 156.59 juta unit.

Nintendo juga turut mencatat peningkatan dari segi jualan permainan, sebanyak 9.46 juta salinan permainan untuk Switch 2 telah berjaya dijual sepanjang suku tersebut. Meningkat sekitar 9.2% berbanding tahun lalu. Antara permainan yang berjaya mencatat jualan tertinggi adalah Pokémon Pokopia dengan 1.27 juta salinan dan Tomodachi Life: Living the Dream dengan 7.94 juta salinan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN