Close

Siri Google Pixel 11 akan terima sokongan alat ganti sehingga 7 tahun

Siri Google Pixel 11 telahpun diperkenalkan secara rasmi hadir dengan tiga pilihan model iaitu Pixel 11, Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold.

Seperti kebiasaan, kesemua peranti ini hadir dengan sokongan kemas kini yang panjang iaitu sehingga 7 tahun. Tapi, apa yang lebih menarik, Google menyatakan yang siri Pixel 11 menyokong sokongan alat ganti sehingga tujuh tahun seperti mana sokongan kemas kini.

Ini bermaksud, pengguna masih boleh mendapatkan komponen gantian seperti bateri atau skrin, walaupun peranti tersebut tidak lagi dijual di pasaran. Komponen seperti bateri boleh dikatakan sebagai komponen paling cepat mengalami kemerosotan, sementara skrin pula merupakan komponen paling terdedah atau tinggi untuk pecah atau pecah.

Dengan sokongan alat ganti rasmi ini, pengguna tidak semestinya perlu menukar peranti hanya kerana masalah komponen tertentu mula mengalami masalah.

Pendekatan dan sokongan ini, bakal menjadi nilai tambah pada siri Pixel 11 lebih-lebih lagi bagi pengguna yang sering menggunakan peranti untuk tempoh yang lama, selain membantu memanjangkan jangka hayat peranti dan mengurangkan kekerapan untuk menukar peranti baru.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN