Close

Cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 akan tiba dengan dua pilihan model

Qualcomm melalui platform X mengesahkan cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 akan ditawarkan dalam dua pilihan model.

Melalui maklumat yang dikongsi, Qualcomm menggunakan frasa seperti “Two changes the game”, “Opportunity doubled” dan “Dual 8 Elites”, menggambarkan cip tersebut akan diperkenalan dalam dua pilihan varian.

Walaupun tiada maklumat mengenai nama rasmi, namun terdapat laporan menyatakan cip tersebut mungkin diperkenalkan sebagai cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro. Kedua-dua cip baru ini dijangka akan diperkenalkan pada acara Snapdragon Summit pada 22 September 2026.

Menurut laporan lain, kedua-duanya cip ini akan menggunakan teknologi binaan 2nm, namun buat masa ini masih belum diketahui sama ada cip tersebut akan dihasilkan oleh TSMC atau Samsung. Selain itu, kedua-dua cip ini akan menggunakan konfigurasi 2+3+3 dan dibina dengan generasi Oryon CPU Cores baru.

Buat masa ini, Qualcomm masih belum mendedahkan spesifikasi penuh kedua-dua cip. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan diumumkan menjelang acara Snapdragon Summit pada bulan depan.

ARTIKEL BERKAITAN