Close

Kuota Budi95 diselaraskan kembali kepada 300 liter sebulan

Kuota Budi95 kini telah diselaraskan kembali kepada 300 liter sebulan yang berkuat kuasa bermula hari ini iaitu 1 September 2026.

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di PICC. Sebelum ini, kuota Budi95 telah diturunkan kepada 200 liter sebulan disebabkan oleh ketidaktentuan pasaran global serta konflik di Asia Barat. 

Selain itu, BUDI Diesel kini diselaraskan kepada 400 liter sebulan bagi pemilik pikap dan jip yang layak, berkuat kuasa bermula 1 September 2026.

Keputusan ini mencerminkan keutamaan kerajaan dalam menyeimbangkan keupayaan kewangan negara dengan perlindungan kuasa beli rakyat, dan bukannya menggambarkan bahawa kedudukan kewangan kerajaan kini berada pada tahap yang amat selesa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN