Sempena ketibaan permainan Grand Theft Auto VI pada 19 November ini, Sony telah memperkenalkan DualSense edisi khas yang bertemakan permainan tersebut.

DualSense edisi khas ini dihasilkan dengan tema gaya hidup ‘Vice City’ merupakan destinasi atau lokasi utama pemain dalam GTA VI. Menggunakan kemasan yang boleh berubah warna yang diinspirasikan daripada lampu neon malam dan matahari terbenam serta terdapat juga tekstur pokok palma pada pemegang, serta logo rasmi GTA VI pada bahagian touchpad.

Tersedia dalam dua varian iaitu Black Limited Edition dan White Limited Edition dengan tema yang berbeza. Untuk White Limited Edition ia diinspirasikan daripada suasana Vice City pada waktu siang, dengan tema pasir putih dan langit berwarna pastel. Sementara, Black Limited Edition pula membawa tema kehidupan malam Vice City dengan elemen cahaya neon.

DualSense edisi terhad ini akan mula dijual pada 19 November, serentak dengan pelancaran GTA VI. Dijual pada harga sekitar $84.99 (RM344), dengan tempahan awal dibuka bermula 10 September. Buat masa ini, Sony Malaysia masih belum mengumumkan sebarang maklumat mengenai harga dan ketersediaannya.