Close

Nothing Phone (4b) kini boleh dipra-tempah dengan harga RM1599

Nothing Phone (4b) bakal menjadi peranti terbaru yang akan ditawarkan ke pasaran tempatan. Peranti ini hadir dengan spesifikasi yang menarik dan ditawarkan pada harga mampu milik.

Nothing Phone (4b) dilengkapi skrin OLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 4 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4x dan storan dalaman 128GB UFS 2.2.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Kamera utama ini menyokong rakaman video sehingga 4K 30fps. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5200mAh yang menyokong pengecasan 33W. Untuk versi India, model ini dimuatkan dengan bateri lebih besar iaitu 6000mAh.

Seperti pada Phone (4a), model ini turut hadir dengan sistem Glyph Bar dengan empat LED berwarna putih dan satu LED berwarna merah. Untuk spesifikasi lain, Phone (4b) menyokong penarafan IP64, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, butang Essential dan menjalankan sistem operasi Nothing OS 4.1 yang berasaskan Android 16. Nothing menjanjikan kemas kini sehingga 3 tahun untuk Android dan 6 tahun untuk keselamatan.

Nothing Phone (4b) akan ditawarkan bermula pada 20 September ini dengan harga jualan RM1599. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma dan juga diskaun RM100.

ARTIKEL BERKAITAN