Close

Insta360 Luna Pro tiba di Malaysia dengan harga bermula RM2099

Insta360 secara rasmi memperkenalkan Luna Pro ke pasaran global, termasuk Malaysia. Merupakan model kedua dalam siri kamera kompak dengan gimbal selepas Luna Ultra. Berbeza dengan model Ultra yang hadir dengan sistem dwi-kamera, untuk model Pro ia hadir dengan satu kamera sahaja.

Luna Pro diilengkapi dengan sensor 1-inci dengan lensa Leica Summicron dengan apertur f/1.8 dengan jarak fokus 20mm. Menyokong rakaman sehingga 8K 30fps serta 4K 120fps dan juga rakaman 4K 30fps secara menegak dengan teknologi 6K oversampling. Kamera ini juga menyokong rakaman gerak perlahan pada 4K 120fps dan 1080P sehingga 240fps.

Kamera ini turut menyokong 10-bit I-Log dan ACES, membolehkan lebih banyak kawalan ketika proses color grading. Untuk kemampuan zum, ia menawarkan zum sehingga 2x lossless zum dan 4x highres zum yang dibantu oleh AI. Untuk gambar, ia mampu menghasillkan imej sehingga 33MP atau sehingga 37MP menggunakan UltraPhoto atau sehingga 200MP untuk panorama.

Selain itu, kamera ini turut menyokong istem penstabilan 3 paksi bersama teknologi FlowState, serta sokongan audio berbilang mikrofon dengan Mic Pro. Luna Pro juga menawarkan beberapa profil warna Leica seperti Leica Natural, Leica Vivid dan Leica Chrome.

Peranti ini dimuatkan dengan bateri sebesar 1550mAh yang mampu bertahan sehingga empat jam penggunaan. Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas yang mampu mengecas dari 0% ke 80% dalam masa sekitar 23 minit.

Untuk storan, Luna Ultra dimuatkan dengan storan 47GB yang menyokong slot mikrosSD sehingga 1TB. Di Malaysia ia dijual pada harga RM2099 untuk versi Standard dan RM2579 untuk versi Creator dalam warna Cosmic Black dan Stellar White.

ARTIKEL BERKAITAN