HONOR secara rasmi memperkenalkan sistem operasi baru mereka iaitu MagicOS 11 di China. Sistem operasi ini dibina berasaskan kepada Android 17 dan hadir dengan beberapa penambahbaikan dari segi antara muka, prestasi dan juga kecerdasan buatan (AI).
Perubahan paling ketara pada MagicOS 11 adalah pada bahagian antara muka, menggunakan konsep Liquid Glass yang nampak lebih moden. Menurut Honor, sistem operasi ini dibangunkan menggunakan seni bina tersuai Luminous dan Hummingbird, yang membantu mengoptimumkan dinamik antaramuka, pemprosesan AI serta prestasi perkakasan.

Antara muka baru ini menyokong lebih banyak penyesuaian merangkumi warna ikon pada skrin utama dan juga pada bahagian dock. HONOR mendakwa sistem animasi pada MagicOS 11 adalah 20% lebih pantas berbanding MagicOS 10.
Selain perubahan pada antara muka, HONOR turut membawa peningkatan besar pada pembantu AI Yoyo. Menurut HONOR, AI Yoyo mampu melaksanakan tugasan yang panjang secara automatik dan menyokong lebih dari 1000 senario penggunaan serta 10,000 perkhidmatan AI pihak ketiga.

Seperti pengeluar lain, HONOR akan turut menyokong perkongsian fail dengan peranti dalam ekosistem Apple. Seiring dengan pengumumannya, HONOR turut berkongsi senarai peranti yang menyokong MagicOS 18, terdapat lebih dari 18 peranti termasuk siri HONOR Magic8, siri Magic Magic7, Magic V6, HONOR Win, HONOR MagicPad 3 Pro dan beberapa model HONOR 600.