OnePlus 16 akan dikuasakan dengan cip andalan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro, selepas dikesan pada pangkalan data Geekbench 7.
Melalui penyenaraian di GeekBench 7, OnePlus 6 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 Pro, iaitu versi paling tinggi dalam barisan cip andalan Qualcomm. Cip ini dikatakan mampu mencapai kelajuan 5.0GHz, menjadikan ia sebagai cip paling berkuasa yang bakal digunakan pada peranti andalan.

Selain cip, penyenaraian tersebut turut mendedahkan OnePlus 16 hadir dengan 16GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 17. OnePlus 16 dijangka akan menyokong kamera utama 200MP dengan bateri sebesar 9000mAh.
Malangnya, buat masa ini OnePlus masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran rasmi OnePlus 16. Kita mungkin boleh menjangkakan maklumat tersebut dijangka akan dikongsi dalam masa terdekat.