Selain Magic9 dan Magic9 Pro Max, HONOR turut mengumumkan satu lagi model iaitu Magic9 Super Edition. Model ini tampil dengan kapasiti bateri yang lebih besar dan dimuatkan dengan kipas penyejuk fizikal.

HONOR Magic9 Super Edition dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.81-inci dengan resolusi 1280 x 2788. Selain itu, skrin peranti ini menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Tarikan utamanya pada peranti ini adalah pada bahagian bateri yang dimuatkan dengan bateri 11,000mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar, 50W tanpa wayar dan 27W pengecasan berwayar berbalik.

Selain itu, peranti ini turut hadir dengan kipas penyejuk yang boleh berpusing pada kelajuan 30,000 rpm. Bagi memastikan prestasi kekal konsisten ketika digunakan untuk tempoh yang panjang. Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP.
Di China, HONOR Magic9 Super Edition dijual pada harga bermula sekitar CNY4499 (RM2736) dan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Black, Olive Green, Yellow dan White.