HUAWEI secara rasminya mengumumkan barisan baru peranti andalan mereka melalui siri Mate 90 di China. Pengumuman ini sekaligus menggantikan siri Mate 80 yang diperkenalkan pada tahun lalu, hadir dengan tiga pilihan model iaitu Mate 90, Mate 90 Pro, Mate 90 Pro Max serta dua model eksklusif iaitu Mate 90 Pro Max Collector’s Edition dan Mate 90 RS Ultimate Design.
Dari segi rekaan, kesemua model ini tampil dengan rekaan yang sama iaitu modul kamera berbentuk yang diletakkan di bahagian tengah. Kesemua model menggunakan skrin OLED dengan kecerahan puncak sehingga 12,000 nits, salutan anti-pantulan dan perlindungan kaca generasi ketiga Kunlun Glass.

Untuk Mate 90 Pro Max, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.9-inci dengan resolusi 1320 x 2848 yang menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Kirin 9050 Pro yang turut digunakan pada Mate XT 2, dengan konfigurasi memori sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP RYYB dengan apertur boleh ubah + 40MP RYYB Ultra Lebar + 200MP RYYB Telefoto dan swafoto 13MP. Dilengkapi dengan bateri 6800mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W, 40W tanpa wayar dan 18W pengecasan berbalik.

Manakala untuk HUAWEI Mate 90 Pro, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.75 inci dengan resolusi 1280 x 2832 dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Kirin 9035 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB.
Dari fotografi, HUAWEI Mate 90 Pro menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP RYYB dengan apertur boleh ubah + 40MP RYYB Ultra Lebar + 50MP RYYB Telefoto dengan zum optikal 4x dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri 6600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan 50W tanpa wayar.

Untuk model paling asas iaitu HUAWEI Mate 90, skrin OLED bersaiz 6.75 inci dengan resolusi 1280 x 2832 dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Kirin 9030 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 1TB.
Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP RYYB dengan apertur boleh ubah + 40MP RYYB Ultra Lebar + 50MP RYYB Telefoto dengan zum optikal 4x dan swafoto 13MP. Dilengkapi dengan bateri 6600mAh yang menyokong pengecasan berwayar 66W dan 50W tanpa wayar.
Selain itu, kesemua model turut dilengkapi penarafan kalis air dan debu IP68 serta IP69, NFC, Bluetooth 6.0 serta sambungan satelit dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 7
Di China, harga jualan untuk siri HUAWEI Mate 90 bermula sekitar CNY5999 (RM3657) untuk Mate 90, CNY6999 (RM4266) untuk Mate 90 Pro dan CNY9499 (RM5790) untuk Mate 90 Pro Max. Buat masa ini, HUAWEI masih belum mengumumkan sebarang maklumat mengenai ketibaan peranti ke pasaran global.