Close

OnePlus 16 akan dilengkapi dengan bateri 9000mAh

OnePlus mengesahkan peranti andalan mereka seterusnya iaitu OnePlus 16 akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

Menurut eksekutif OnePlus iaitu Li Jie Louis, OnePlus 16 akan dimuatkan dengan bateri sebesar 9000mAh dan peranti tersebut dijadualkan tiba pada 12 Oktober 2026.

Sebagai perbandingan, OnePlus 15 hadir dengan bateri 7300mAh bermaksud OnePlus 16 hadir dengan peningkatan kapasiti sekitar 1700mAh. Dengan kapasiti sebesar ini, OnePlus 16 dijangka mampu menawarkan tempoh penggunaan yang lebih panjang.

Selain itu, peranti ini akan menyokong pengecasan tanpa wayar 50W dan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 merupakan cip andalan terbaru dari Qualcomm. Sebelum ini, OnePlus telah mengesahkan yang OnePlus 16 akan dilengkapi dengan kamera utama 200MP dan menyokong paparan sehingga 185Hz.

ARTIKEL BERKAITAN