Close

GTA 6 versi PC mungkin tiba pada suku pertama 2027

Grand Theft Auto VI (GTA 6) versi PC mungkin tiba pada suku pertama 2027, beberapa bulan selepas permainan tersebut dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada 19 November 2026.

Menurut laporan, Rockstar Games merancang untuk melancarkan permainan Grand Theft Auto VI (GTA 6) versi PC lebih awal iaitu pada suku pertama 2027. Maklumat tersebut diperoleh dari empat sumber yang enggan mendedahkan identiti mereka.

Sekiranya laporan ini tepat, pemain versi PC tidak perlu menunggu lebih lama untuk permainan GTA 6. Sebagai perbandingan, GTA 5 versi PC mengambil masa hampir dua tahun untuk dilancarkan selepas ditawarkan pada konsol. Lebih menarik, laporan tersebut turut menyebut pelancaran versi PC mungkin berlaku serentak dengan mod multiplayer baru yang dirujuk sebagai “GTA Online 2” oleh peminat.

Walau bagaimanapun, Rockstar Games dan syarikat induknya, Take-Two Interactive, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN