Close

iPhone Duo 2 mungkin hadir dengan teknologi Face ID

Apple dilaporkan sedang menguji prototaip iPhone Duo generasi kedua dengan teknologi Face ID bawah skrin, sekali gus memberi gambaran fon lipat generasi seterusnya mungkin hadir dengan sistem pengesahan yang lebih praktikal.

Menurut laporan, Apple kini sedang menguji beberapa unit prototaip iPhone Duo 2 yang dilengkapi dengan teknologi Face ID di bawah skrin. Walau bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan teknologi ini dapat disiapkan sebelum pelancaran peranti berkenaan.

Sebagai perbandingan, iPhone Duo generasi pertama menggunakan teknologi Touch ID untuk pengesahan biometrik. Teknologi tersebut mendapat kritikan daripada sesetengah pengulas teknologi kerana kedudukan sensor yang sukar untuk dicapai dan bergantung kepada cara telefon dipegang.

Sekiranya, teknologi Face ID bawah skrin berjaya dintergrasikan, ia berpotensi menjadi ciri paling ditunggu oleh kebanyakan pengguna. Selain itu, teknologi ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman nyahkunci yang lebih maju dan pantas berbanding menggunakan Touch ID.

Namun begitu, perlaksanaan teknologi ini bukanlah sesuatu yang mudah. Cabaran utama untuk menggunakan teknologi ini adalah Apple perlu mengecilkan beberapa komponen utama untuk membolehkan sistem pengecaman wajah ditempatkan di bawah panel skrin tanpa menjejaskan rekaan peranti.

Pada masa sama, Apple perlu memastikan sistem tersebut mampu berfungsi dengan baik dari segi ketepatan dan keselamatan pengesahan wajah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN