Apple secara rasmi memperkenalkan iPad mini generasi baru untuk tahun 2026. Tampil dengan pelbagai peningkatan baru dan ia kini menggunakan skrin jenis OLED untuk memberi pengalaman skrin yang lebih baik.

iPad mini (2026) tampil dengan rekaan yang nipis iaitu hanya 5.4mm dan berat sekitar 255 gram. Menggunakan skrin yang lebih besar iaitu 8.5-inci OLED dengan pilihan tekstur-nano, pilihan tambahan untuk mengurangkan pantulan cahaya. Dikuasakan dengan cip A20 Pro, namun terdapat perbezaan pada konfigurasi teras mengikut kepada pilihan storan.

Untuk storan 128GB dan 256GB, ia menggunakan konfiguras 5 teras CPU, 7 teras GPU dan 16 teras Neural Engine. Manakala, untuk storan 512GB ia menggunakan konfigurasi 6 teras CPU, 7 teras GPU dan dwi 16 teras Neural Engine.

Selain itu, iPad mini (2026) ini dilengkapi dengan sistem pembesar suara yang menggunakan teknologi Acoustic Display, pembesar suara diletakkan di bawah skrin untuk memberikan pengalaman audio yang lebih baik. Turut dilengkapi kamera swafoto 12MP dengan sokongan Center Stage.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan pada peranti ini adalah WiFi 7, Bluetooth 6, penarafan IP67, sokongan Apple Pencil Pro atau Apple Pencil (USB-C) dan menjalankan iPadOS 27. Di Malaysia, iPad Mini (2026) boleh dipra-tempah bermula 29 Oktober dengan jualan pertama akan bermula pada 6 November 2026.

Senarai harga iPad mini (2026) di Malaysia.
iPad mini versi WiFi :
- RM2999 – 128GB
- RM3399 – 256GB
- RM4299 – 512GB
iPad mini versi 5G :
- RM3699 – 128GB
- RM4099 – 256GB
- RM4999 – 512GB