Seperti yang kita tahu, HUAWEI dijangka bakal memperkenalkan fon pintar baru di bawah sub-jenama mereka iaitu Osta.

Dalam perkembangan terbaru, imej yang didakwa sebagai Osta S1 Pro telahpun tertiris. Memperlihatkan peranti tersebut hadir dengan skrin jenis rata dengan nisbah paparan yang lebih lebar berbanding peranti biasa. Selain itu, ia hadir dengan bezel yang nipis pada keempat-empat sisi skrin dan menggunakan kamera swafoto jenis punch-hole.
Menurut maklumat, Osta S1 Pro bakal menggunakan skrin LTPS berukuran 6.39-inci dengan resolusi 1.5K dan nisbah skrin 16:9.5. Terdapat juga butang kuasa dan butang suara yang diletakkan pada bahagian kira peranti. Untuk kongfigurasi memori, peranti ini dijangka hadir dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.
Buat masa ini, HUAWEI masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi penuh dan juga ketibaan peranti ini.