Close

Elon Musk dilaporkan sedia ambil Jensen Huang bekerja di Tesla atau Space X

Elon Musk dikatakan berbesar hati untuk mengambil Jensen Huang bekerja di Tesla atau Space X jika diperlukan.

Perkara tersebut muncul selepas akaun ZeroHedge memuat naik hantaran “Elon please hire Jensen” dan dibalas “That would be an honor” oleh Elon Musk di platform X.

Kenyataan tersebut hadir selepas terdapat laporan mendakwa lembaga pengarah NVIDIA mungkin mengadakan mesyuarat seawal Rabu bagi membincangkan kedudukan Jensen Huang. Dalam perkembangan terbaru, Jensen Huang telahpun meletakkan jawatan sebagai CEO dan Presiden NVIDIA yang berkuat kuasa serta merta.

Jensen Huang melepaskan kedudukannya sebagai ahli lembaga pengarah syarikat selepas menerajui NVIDIA selama 33 tahun sejak diasaskan pada 1993. Berikutan dari itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) NVIDIA iaitu Colette Kress, telah dilantik sebagai CEO interim.

Walau bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis tiada pengesahan Elon Musk benar-benar menawarkan pekerjaan kepada Jensen Huang. Laporan ini mula menjadi tumpuan selepas Jensen Huang meletakkan jawatan sebagai CEO dan Presiden NVIDIA.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN