Close

ASUS TUF Gaming T700TL tiba di Malaysia dengan harga RM9999

ASUS TUG Gaming T700TL secara rasmi tiba ke pasaran tempatan. Merupakan sebuah komputer atau PC gaming pre-built yang dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core Ultra 9 dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 50 Series.

Dari segi rekaan, T700TL menggunakan casis berkapasiti 47 liter yang menyokong piawaian ketahanan ketenteraan MIL-STD-810H. Untuk menjadikan ia lebih menarik, komputer ini dilengkapi dengan panel kaca panoramik pada bahagian sisi bersama dengan Aura Sync RGB. Untuk sistem penyejukannya pula, ia dimuatkan dengan enam kipas, termasuk sistem penyejuk cecair AIO 240mm.

ASUS TUF Gaming T700TL dikuasakan pemproses Intel Core Ultra 9 275HX dengan 24 teras dan 24 bebenang, serta kelajuan sehingga 5.4GHz. Ia turut dilengkapi NPU Intel AI Boost dengan prestasi sehingga 13 TOPS. Dipadankan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti GDDR7 8GB serta bekalan kuasa 500W dengan pensijilan 80+ Platinum.

Untuk konfigurasi memori, ia hadir dengan RAM DDR5 16GB dan storan dalaman 1TB SSD PCIe 4.0 NVMe. Untuk spesifikasi lain, ia menyokong Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4 dan Gigabit Ethernet. Manakala untuk pilihan sambungan ia hadir dengan 4x USB 3.2 Gen 1, 1x Type-A, 1x Type-C, 2x HDMI 2.1 dan 1x DisplayPort 1.4.

Di Malaysia, ASUS TUF Gaming T700TL dijual pada harga RM9999 yang ditawarkan melalui e-Store rasmi ASUS atau pengedar rasmi ASUS Malaysia. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti on-site selama tiga tahun serta ASUS Perfect Warranty selama tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN