Close

Rekaan Xiaomi 18 tertiris – Guna modul kamera baru tanpa ‘back display’

Xiaomi dijangka bakal memperkenalkan satu lagi pilihan model di bawah siri 18 iaitu Xiaomi 18. Peranti ini bakal menjadi peranti ketiga dan merupakan model pemula di bawah siri Xiaomi 18.

Terbaru, rekaan yang didakwa sebagai Xiaomi 18 telahpun tertiris, sekali gus memberikan gambaran awal mengenai peranti tersebut. Berdasarkan dari imej yang tertiris, memperlihatkan peranti tersebut hadir dengan rekaan modul kamera jenis squircle yang menempatkan tiga sensor kamera.

Perkara kurang menarik, Xiaomi 18 tidak akan dilengkapi dengan ‘back display’ seperti yang pada model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Untuk spesifikasi, Xiaomi 18 dijangka hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.4-inci dengan resolusi 1.5K dan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 6, cip sama yang digunakan pada Xiaomi 18 Pro.

Untuk fotografi, peranti bakal hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan kamera utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto. Manakala untuk kapasiti bateri, ia bakal dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar.

Walau bagaimanpun, tiada sebarang pengesahan dari Xiaomi mengenai spesifikasi ini. Menurut laporan sama, Xiaomi 18 dijangka akan diperkenalkan pada Disember 2026 di China.

ARTIKEL BERKAITAN