vivo secara rasmi memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan melalui model V80. Merupakan peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada kemampuan kamera dari ZEISS serta hadir dengan pelbagai peningkatan yang menarik.

vivo V80 menggunakan bingkai logam gred aeroangkasa dengan ketebalan 7.79mm dan berat sekitar 210 gram. Dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan resolusi 2750 × 1260, paparan 144Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 5000 nits.

Peranti ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor Sony LYT700V 50MP + 50MP Telefoto dengan 3x zum optik + Ultra Lebar dan swaforo 50MP. Sistem kamera ini dibantu dengan ZEISS untuk memberikan pengalaman fotografi yang lebih baik.

Dimuatkan dengan kapasiti bateri 7200mAh menyokong pengecasan pantas 90W. Untuk spesifikasi lain, peranti ini hadir dengan pengimbas cap jari bawah skrin, Bluetooth 5.4, NFC dan sokongan eSIM.

Di Malaysia, vivo V80 dijual pada harga bermula RM2399 (8GB + 128GB), RM2699 (8GB + 256GB) dan RM3299 (8GB + 5126G). Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini (19 November 2026) dengan setiap pra-tempahan akan tawaran eksklusif bernilai RM2042.