iQOO telah menjadualkan acara pelancaran siri iQOO 16 ke pasaran tempatan pada 8 Disember 2026. Siri iQOO 16 bakal tiba dalam dua pilihan model iaitu iQOO 16 dan iQOO 16s.
Kedua-dua model ini hadir dengan spesifikasi yang menarik dan berkuasa. Untuk iQOO 16 ia bakal dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang dibina dengan teknologi binaan 2nm. Menggunakan skrin dengan resolusi 2K, paparan 165Hz dan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits.

Manakala untuk iQOO 16s, ia turut dikuasakan dengan cip dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8s Gen 4 yang menggunakan teknologi binaan 4nm. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 144Hz.

Seiring dengan ketibaannya, iQOO telah membuka pra-tempahan bermula 24 November hingga 7 Disember 2026 dengan deposit serendah RM1. Setiap pra-tempahan berpeluang memenangi hadiah utama iQOO 16 serta hadiah menarik lain bernilai sehingga RM16,000. Pembeli awal turut menikmati ganjaran tambahan, termasuk ganjaran minyak PETRONAS RM50, diskaun ahli RM200 dan pelbagai hadiah eksklusif lain.