Close

Proton X70 2020 ditawarkan dengan harga lebih murah dan ciri baharu

Proton telahpun melancarkan X70 versi tahun 2020 dengan pelbagai ciri dan teknologi baharu. Menariknya, X70 kali ini adalah versi pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran Malaysia yang hadir dengan 4 pilihan varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Premium X.

Semua varian ini juga menggunakan pacuan dua roda sahaja dengan enjin 1.8L TGDi, tiada AWD (pacuan empat roda) kerana dikhabarkan kurang permintaan untuk pacuan empat roda buat pengguna di Malaysia. Anda hanya dapat membeli varian AWD sahaja untuk model X70 terbaru ini.

Antara penambahbaikan yang diletakkan pada X70 kali ini adalah Transmisi Klac Berkembar (DCT) dengan tujuh kelajuan terbaharu yang mampu memberi prestasi lebih baik dan peningkatan tork sehingga 15Nm dengan keseluruhan 300Nm yang juga memberi penjimatan bahan api sehingga 13 peratus.

Proton X70 CKD ini juga hadir bersama warna Space Gray yang baharu dan terdapat pilihan warna biasa seperti sebelum ini. Harga yang ditawarkan juga lebih murah berbanding harga X70 sebelum ini dengan pengurangan harga sehingga RM5,000.

  • Standard – RM94,800 (Harga lama RM99,800)
  • Executive – RM106,800 (Harga lama RM109,800)
  • Premium – RM119,800 (Varian baharu)
  • Premium X – RM122,800 (Harga lama RM123,800)

ARTIKEL BERKAITAN