Close

Prototaip kereta nasional ke-3 sudah siap, tapi….

Sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada mengumumkan projek kereta nasional ke-3 dan kini Tun telah menyatakan bahawa projek itu sudahpun siap. Tapi menurut Tun lagi, ia tidak dapat dipamerkan pada umum.

Kita telah ada prototaip berkenaan namun bukan untuk dipamerkan kepada orang ramai. Bagaimanapun, kami sedang melakukan kerja-kerja pemantauan bagi memastikan kereta kita sensitif kepada persekitaran dan mempunyai tindak balas yang mampu membantu pemandu untuk tidak membuat kesilapan.

Tambahnya lagi, pada ketika ini kerajaan tidak akan melabur dalam kenderaan bermotor dan masih menunggu untuk pelabur yang mahu melabur terhadap projek kereta nasional ke-3 ini. Kerajaan juga bersedia dengan teknologi baharu yang mampu bersaing di pasaran global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN