Jika kita lihat video penstriman masa kini, kandungan video atau drama yang ditayangkan banyak adegan yang kurang elok dan tidak sesuai untuk tontonan umum apatah lagi umat islam khususnya. Dengan itu, terdapat video penstriman baharu yang bakal diumumkan di Malaysia iaitu Nurflix yang memfokuskan pada kandungan patuh aqidah dan syariah.
Menurut perkongsian dari pengguna Twitter bernama Muhammad Azmy, mengatakan bahawa video penstriman ini bukan hanya mematuhi syariah dari segi drama yang ditayangkan, tapi merangkumi pembikinan sehingga penerbitan drama itu sendiri yang dipantau oleh majlis yang bertanggungjawab dari sudut aqidah dan syariah.
Tambahnya, drama yang bakal dihasilkan juga mempunyai cinematography yang berkualiti tinggi seperti filem dan akan memberi mesej utama dalam bab adab dan akhlak. Habib Ali Zainal Abidin juga adalah penasihat untuk video penstriman Nurflix, seorang pendakwah yang disegani di Malaysia. Nurflix juga bakal mengkelaskan jenis penonton, umum, wanita, asatizah dan kanak-kanak.
Instagram rasmi Nurflix di pautan ini.